“Terbaiklah, Ini Baru Betul” – Ramai Puji Tindakan DBKL Robohkan Billboard Haram [Video]

LocalPolitics
23 May 2025 • 11:32 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali melalui jalan raya atau lebuh raya, pasti kita akan melihat papan-papan iklan yang mengiklankan pelbagai produk atau mempromosikan sesuatu servis perniagaan.

Papan iklan atau ‘billboard’ ini boleh ditemui lebih banyak di sekitar kawasan Lembah Klang terutamanya di Kuala Lumpur.

Pun begitu, tahu tak korang kalau ada papan iklan yang berdiri gah dan mungkin telah bertahun-tahun dilihat sebenarnya didirikan tanpa kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)?

DBKL robohkan 2 billboard yang dibina tanpa kebenaran atau lesen

Seperti baru-baru ini, DBKL telah bertindak merobohkan dua buah billboard yang didirikan di atas rezab jalan di Bangsar tanpa sebarang kebenaran atau lesen daripada pihak berkuasat tempatan (PBT).

Operasi Bersepadu Meroboh Struktur Papan Iklan Tanpa Kelulusan yang dilakukan pada tengah malam Selasa lalu (20 Mei) itu hasil kerjasama DBKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Menerusi tindakan siri bersepadu kali ini, DBKL bersama PDRM dan TNB berserta kekuatan petugas, peralatan dan jentera operasi telah menurunkan dua buah stuktur papan iklan berukuran anggaran 20 kaki x 10 kaki,” katanya.

Pemilik billboard telah diberi notis sebanyak 2 kali sebelum dirobohkan

Menurut DBKL, pemilik billboard terbabit telah dikenakan notis pada 9 April lalu dan susulan notis kedua pada 16 Mei bagi merobohkan serta membersihkan tapak dalam tempoh yang ditetapkan.

Berkongsi lanjut, dewan bandaraya itu memaklumkan struktur iklan yang telah diturunkan kemudiannya dihantar ke Setor Simpanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal DBKL, Jalan Cheras untuk tujuan rekod penyimpanan sementara dan proses pelupusan.

“Tindakan tegas ini merupakan sebahagian daripada pendekatan berterusan DBKL dalam memperkemas wajah bandar serta memastikan setiap pembangunan dan struktur di Kuala Lumpur mematuhi peraturan sedia ada.

“Langkah ini juga selaras dengan usaha memperkukuh imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya tersusun, cekap tadbir urus dan patuh undang-undang menjelang penganjuran Persidangan ASEAN 2025, di mana Kuala Lumpur selaku tuan rumah perlu menampilkan identiti bandar yang berwibawa dan mampan dari segi pengurusan ruang,” katanya lagi.

Jelas DBKL lagi, operasi tindakan bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh Kuala Lumpur.

Orang awam boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan melalui laman web ADU@KL.

Ramai puji tindakan DBKL robohkan billboard tanpa kelulusan

Sementara itu, DBKL juga pada malam semalam (22 Mei) turut memuat naik video semasa proses menurunkan billboard dilakukan di akaun TikTok @jpkdbklofficial.

@jpkdbklofficial 📺👮#DBKL : OPERASI BERSEPADU ROBOH STRUKTUR PAPAN TANDA IKLAN (BILLBOARD) TANPA KELULUSAN OLEH JABATAN PENGUATKUASAAN, JPPP, JPB, JKME, JPRB, JIT, PC LEMBAH PANTAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERSAMA AGENSI SAHABAT DARI PDRM & TNB. 🗓️ 20 MEI 2025 (SELASA) 📌 BANGSAR, KUALA LUMPUR. Laporan Penuh Ops : 👉🏻 https://www.facebook.com/share/16SzuWEmgX/ #OperasiPapanTandaIklan #RobohStruktur #JPK #JabatanPenguatkuasaan #PDRM #TNB #DewanBandarayaKualaLumpur #PenguatkuasaDBKL #TegasSetia ♬ original sound – JABATAN PENGUATKUASAAN – DBKL

Video tersebut mendapat perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan DBKL itu.

Mereka menyifatkan dewan bandaraya itu semakin berani dan tegas menentang pihak-pihak yang melakukan kesalahan tanpa kompromi.

Tidak kurang juga yang terus memberikan sokongan terhadap DBKL untuk terus melakukan pemantauan serta mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Pun begitu, ada juga segelintir yang mempersoal pihak PBT terbabit kenapa baru sekarang bertindak sedangkan papan iklan berkenaan dakwa mereka telah lama didirikan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available