“Boleh makan under pressure” – Netizen Terbahak Tengok Gelagat Ammar Ahyan, Selamba Makan Walau Situasi Tengah Kecoh

Entertainment
24 Jul 2025 • 10:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gelagat selamba dan tenang anak sulung kepada usahawan Datuk Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan sejak akhir-akhir ini sering menjadi perhatian netizen.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Aliff Syukri bersama dua orang anaknya, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra sedang melakukan live di TikTok yang sudah menjadi rutin kebiasaan mereka.

Namun di dalam video itu, Qadejah yang mesra dipanggil Cess dilihat sedang mencuri-curi pandang skrin telefon pintar yang sedang dilihat Aliff Syukri sebelum tiba-tiba bersuara,

“Abah, Siti tu siapa abah?”

Cess kemudian meminta telefon pintar milik Aliff itu diberikan kepadanya dan mengatakan perkara itu bukan satu perkara main-main dan dia ingin memberitahu hal itu kepada ibunya, Datin Nur Shahida.

Abah tak lawak, abah. Dekat mesej tu abah.

“Abah nak marah Cess macam-macam tapi abah tak boleh buat macam ni dekat mama. Sumpah tak lawak, tak lawak langsung,” kata Cess sambil Aliff Syukri berlalu keluar dari ruangan tersebut.

“Siti tak penting, makan lagi penting” – Netizen

Namun yang menarik perhatian netizen bukanlah pergaduhan di antara Cess dan Aliff Syukri tetapi gelagat Ammar Ahyan yang selamba memakan ayam goreng tanpa mengambil tahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Malah Ammar juga kelihatan terkejut setelah rumah tiba-tiba berubah menjadi senyap dan jeritan dari Cess serta Aliff Syukri tidak lagi kedengaran.

image is not available

Rata-rata netizen meluahkan rasa geli hati mereka melihat situasi dan ada juga yang mengatakan kemungkinan besar pergaduhan itu sengaja direka-reka untuk mempromosi ayam goreng yang sedang dimakan Ammar.

image is not available

Terhibur admin tengok Ammar ni. Dia selamba mengunyah walaupun situasi tengah panas eh!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.