Qadejah ‘Mengamuk’ Ketika Siaran Langsung, Nampak ‘Siti’ Mesej ‘Rindu’ Pada Aliff Syukri -“Sumpah Tak Lawak Abah, Siapa Tu?”

EntertainmentLifestyle
24 Jul 2025 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi siaran langsung Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini, kehadiran anak-anaknya, Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyan sudah tentu memeriahkan lagi suasana dan menjadi riuh rendah.

Video terbaru yang tular di TikTok telah meraih perhatian kerana ragam tiga beranak itu ketika Qadejah atau Cess ternampak skrin telefon bapanya yang menerima mesej daripada seorang wanita bernama ‘Siti’.

Meskipun berkali-kali ditanya, usahawan itu tetap tidak mahu menjawab dan kemudian melarikan diri apabila Cess mendesaknya untuk bercakap jujur.

image is not available

Cess telah bertanya kepada Aliff Syukri tentang identiti wanita itu dan mengapa dia menghantar pesanan ‘rindu’. Anak keduanya itu juga turut berkata usahawan tersebut tidak boleh memperlakukan ibu mereka begitu.

Tak lawak Abah, sumpah tak lawak Abah. Siapa Siti tu Abah? Abah ada mesej perempuan tu, “I Miss You”. Abah ni kenapa? Abah nak marah Ajah macam-macam boleh, tapi Abah tak boleh macam ni dekat Mama. Ajah jerit dekat Mama, Abah sumpah tak lawak. Tak lawak langsung.

Aliff kemudian memaklumkan bahawa Siti itu adalah rakannya dan meminta Cess untuk berhenti salah faham kerana mereka sedang bersiaran langsung.

Dalam pada itu, ramai netizen terhibur dengan gelagat Ammar Ahyan yang tidak mempedulikan pergaduhan kecil adik dan bapanya.

Menerusi video itu, Ammar Ahyan dilihat tetap sambung makan dan minum meskipun kedua-dua mereka sedang berkelahi di belakangnya.

image is not available 2025-07-21 10:40:51

Qadejah 'Pau' Aliff Syukri Beli Jam Tangan Cartier, Netizen 'Telan Air Liur' Tengok Harga - "Dia Kerja Keras Buat Live Hari Hari"