Boleh Tidur 8 Jam Sehari, Ini Sebab Influencer Ini Tak Mahu Ada Zuriat, Anggap Anak Beban

Family & Parenting
14 Feb 2023 • 2:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bagi pasangan yang berumahtangga, rezeki zuriat adalah antara momen yang amat dinantikan. Ada yang baru kahwin terus ‘lekat’ dan ada juga yang perlu tunggu beberapa tahun bahkan berhabis ribuan ringgit untuk rawatan kesuburan.

Tapi lain pula bagi influencer terkenal dari Indonesia ini apabila dia dan suami memilih untuk child free sejak 2021. Mereka sememangnya memilih untuk berkahwin tanpa memiliki zuriat di atas sebab-sebab tersendiri.

Rahsia awet muda bila tak ada anak

image is not available

Apa yang menjadi perdebatan adalah apabila influencer ini menganggap kehadiran anak adalah satu beban. Difahamkan, pada awalnya influencer yang merupakan Youtuber ini ditanya rahsia kecantikan dan awet mudanya.

Anggap anak sebagai beban

Dia menjawab rahsianya adalah dengan tak ada anak di mana dia dapat tidur yang cukup selama 8 jam dan tak tertekan mendengar anak menangis.

Ya, pada aku anak tu beban. Buat anda, bukan tapi anugerah. Buat aku beban makanya aku tak mahu punya anak. Dan tiada masalah dengan pilihan aku itu.

Dilaporkan Gita dan suaminya, Paulus Andreas Partohap memang merancang untuk hidup berdua sehingga ke akhir hayat sebelum menikah lagi.

Meskipun begitu, kata-kata Youtuber ini diakui telah mengguris hati ibu-ibu sehingga melabelkan gadis muda ini sebagai ‘sombong’.

Kredit: Detik.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.