“Boleh try” – Peniaga Kongsi Cara Mudah Betulkan Nasi Mentah Dalam Periuk Nasi

Entertainment
19 Oct 2024 • 10:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang yang rajin masak dekat rumah tu mungkin pernah alami situasi nasi dimasak mentah. Bukan sebab tak tekan periuk, tapi sebab periuk nasi tu dah ‘tendang’ menandakan dah cukup masak. Cuma bila buka penutup, nampak nasi masih mentah.

Haa.. Kalau jadi macam tu, korang jangan buang atau masak yang baru. Masih ada peluang untuk betulkan dan selamatkan nasi seperiuk tu. Korang boleh ikut cara @ceotukangmasak ni buat dalam video di bawah.

Cara lain nak repair nasi mentah

Dari video yang min kongsi di atas, kita dapat satu tips yang sangat berguna sekiranya kita berdepan dengan situasi nasi mentah.

Dekat bawah ni pun min ada jumpa beberapa tips lain yang dikongsi orang ramai. Mungkin boleh cuba juga.

image is not availableTips paling selamat dan mudah. Pindahkan nasi ke pengukus, lepas tu kukus lah sekejap sampai betul-betul masak.

image is not availableWah cara macam ni min tak pernah cuba lagi. Mungkin lepas ni boleh standby ais, kalau nasi tak masak boleh campak je air batu dalam periuk nasi tu.

image is not availableYang ini min pernah tengok otai-otai buat. Biasanya kalau nasi berwarna lah sebab tumis dalam periuk nasi tu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.