Bolivia isytihar darurat fenomena El Nino

WorldEnvironment
1 Nov 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bolivia isytihar darurat fenomena El Nino

LA PAZ: Presiden Bolivia, Rodrigo Paz, mengisytiharkan darurat pada Sabtu bagi membolehkan sumber tambahan disalurkan untuk menangani kesan fenomena cuaca El Nino yang mencetuskan kemusnahan di seluruh dunia.

Paz berkata, perintah itu turut membolehkan lebih banyak pasukan penyelamat digerakkan ke kawasan yang terjejas teruk ketika Bolivia berdepan banjir dan kemarau akibat fenomena berkenaan.

“Fenomena ini akan membawa kesan yang sangat serius dari segi kemarau dan banjir, justeru kita memerlukan kerjasama semua institusi,” katanya dalam ucapan kepada rakyat.

Menurut laporan kerajaan minggu ini, kemarau menjejaskan 78,000 keluarga di enam daripada sembilan jabatan pentadbiran negara itu, selain menyebabkan lebih 75,000 ekor ternakan mati.

El Nino menyebabkan peningkatan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik khatulistiwa, sekali gus mencetuskan perubahan corak angin, tekanan udara dan taburan hujan di seluruh dunia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran minggu ini, fenomena El Nino semasa berpotensi mencapai kekuatan ‘luar biasa’ dan membawa kesan buruk kepada Amerika Latin, Afrika timur dan selatan, Asia serta rantau Pasifik.

Di negara jiran Bolivia, Peru mengalami peningkatan suhu dan kebakaran hutan yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.

Sementara itu, Santiago, ibu negara Chile, mencatatkan Oktober paling basah dalam sejarah rekod cuaca negara itu.-AFP

The post Bolivia isytihar darurat fenomena El Nino appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved