Bolt bersaing dengan Grab di Malaysia, diskaun 50% 7 tempahan pertama

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2024 • 3:49 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sebuah syarikat pesaing kepada Grab didapati memulakan operasi mereka dalam pasaran Malaysia. Nama syarikat itu adalah Bolt yang berasal dari Estonia. Bolt Services MY Sdn Bhd. telah menerima lampu hijau untuk beroperasi oleh Agensi Pengangkutan Awam dan Darat (APAD) dan mereka menyertai senarai 33 pemegang lesen pengendali e-hailing di Malaysia.

image is not available

50% diskaun tambang untuk 7 tempahan pertama

Aplikasi Bolt sudahpun boleh dimuat turun untuk Android dan iOS. Mereka kini sedang menjalan promo pengenalan kepada pengguna baharu. Untuk 7 tempahan pertama, anda akan dapat diskaun 50%. Promo ini berjalan sehingga 16 November 2024.

image is not available

Buat masa ini didapati yang mereka hanya sediakan perkhidmatan seru pandu. Selain servis seru pandu, di pasaran luar, mereka ada menyediakan servis seperti penghantaran barang makanan, penghantaran barang runcit, sewa kereta, mikromobiliti, dan servis perjalanan untuk tujuan perniagaan.

image is not available

Siapa Bolt?

Bolt adalah syarikat penyedia solusi pengangkutan daripada Estonia. Ia ditubuhkan dalam tahun 2013 dan kini beroperasi di 45 negara merentasi benua Eropah, Afrika, Asia Barat, Asia Tenggara, dan Amerika Latin. Dalam Asia Tenggara, buat masa ini ia beropasi dalam pasaran Thailand. Ia dilancarkan oleh seorang pelajar sekolah menengah berusia 19 tahun berbekalkan dana EUR5,000 daripada keluarga.