Bomba gerak operasi SAR pendaki terpisah di hutan Gua Musang

19 Sep 2026 • 11:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bomba gerak operasi SAR pendaki terpisah di hutan Gua Musang
JBPM Kelantan menggerakkan operasi SAR seorang pendaki lelaki yang terpisah daripada kumpulannya di hutan berhampiran Kem Tudung Periuk, Gua Musang.

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan malam ini menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pendaki lelaki yang terpisah daripada kumpulannya di hutan berhampiran Kem Tudung Periuk, Gua Musang.

Mangsa, Muhammad Asrul Quyyum Asmmuddin, 23, dilaporkan terjatuh ke kawasan curam selepas tergelincir daripada laluan pendakian, namun tidak mengalami kecederaan serius dan masih mampu berjalan.

Jurucakap JBPM negeri berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kelantan berjaya menghubungi mangsa yang turut menghantar lokasi melalui aplikasi WhatsApp, bagaimanapun liputan telefon di kawasan berkenaan tidak stabil.

"Mangsa mempunyai lampu suluh dan wisel serta baki bateri telefon pintar sekitar 75 peratus.

"Beliau diarahkan supaya kekal di lokasi sementara menunggu pasukan SAR tiba, selain menjimatkan penggunaan bateri telefon dan lampu suluh,” katanya dalam kenyataan malam ini.

JBPM menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.08 malam sebelum BBP Gua Musang menggerakkan sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan Hilux ke lokasi, kira-kira 116 kilometer dari balai. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved