Bomba perkukuh kerjasama hadapi risiko bencana

LocalEnvironment
7 Sep 2026 • 1:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bomba perkukuh kerjasama hadapi risiko bencana

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan terus memperkukuh kerjasama bersama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi keselamatan, pihak industri dan komuniti dalam usaha membudayakan keselamatan kebakaran serta meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nordin Pauzi berkata, dalam hal ini, keselamatan dan kesejahteraan rakyat bukan hanya tanggungjawab pasukan penyelamat, malah ia merupakan amanah yang perlu dipikul secara bersama oleh semua pihak.

“Cabaran yang perlu diberi perhatian oleh bomba ketika ini bukan sekadar kebakaran, malah, turut melibatkan kemalangan, banjir, insiden lemas, penyelamatan jalan raya dan bencana alam serta pelbagai bentuk kecemasan lain.

“Justeru, pendekatan ‘Bomba Bersama Masyarakat’ penting bagi memastikan orang ramai memahami peranan kami (anggota bomba) ketika berdepan situasi kecemasan. Sebagai contoh, mereka (orang ramai) bukan sahaja perlu tahu mendail nombor 999, tetapi perlu juga tahu apa yang perlu dilakukan sebelum bantuan tiba, bagaimana mencegah kebakaran dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Hari Buletin 5.0 Bersama Bomba 2026 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Kompleks Sukan MBSP, Jalan Betek, di sini, petang semalam.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, penganjuran Hari Buletin 5.0 Bersama Bomba 2026 bukan sahaja memperkenalkan Buletin Mutiara sebagai wadah komunikasi rakyat, malah, memberi peluang kepada masyarakat mengenali dengan lebih dekat peranan JBPM dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka.

Kon Yeow turut menyifatkan sambutan kali ini penganjuran tahun ini amat istimewa kerana ia diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan JBPM yang mencerminkan lima dekad komitmen, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan warga bomba dalam melindungi nyawa serta harta benda rakyat. – UTUSAN

The post Bomba perkukuh kerjasama hadapi risiko bencana appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved