Bomba Sahkan Jaslinda Ditemui Pada Jam 3 Petang, Kini Berada Di Rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu

6 Jun 2026 • 7:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon.

“Orang hilang (Jaslinda) sekarang berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu,” katanya.

Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain serta dua malim gunung pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Image from: Bomba Sahkan Jaslinda Ditemui Pada Jam 3 Petang, Kini Berada Di Rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu

Menurut laporan, Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki.

Bagaimanapun, eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat pada 24 Mei.

Image from: Bomba Sahkan Jaslinda Ditemui Pada Jam 3 Petang, Kini Berada Di Rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu

Mengulas lanjut, Sayani berkata mangsa ditemui kira-kira jam 3 petang tadi berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Pos Musoh.

“Mangsa ditemukan oleh seorang lelaki yang kemudiannya memaklumkan kepada anak saudara mangsa yang berada di Johor untuk melaporkan mengenai penemuan mangsa kepada pihak berkuasa,” katanya lagi.
Sumber: FB Bomba Perak Official

The post Bomba Sahkan Jaslinda Ditemui Pada Jam 3 Petang, Kini Berada Di Rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu appeared first on Borak Daily.