Bomba usung pendaki cedera hampir dua jam

5 Sep 2026 • 10:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bomba usung pendaki cedera hampir dua jam

Image from: Bomba usung pendaki cedera hampir dua jam

REMBAU – Pasukan bomba mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengusung seorang pendaki wanita yang mengalami kecederaan kaki keluar dari laluan Gunung Datuk, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ketika berada di Check Point (CP) 1 gunung berkenaan.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan sebelum meneruskan pendakian ke Check Point (CP) 1 bagi mendapatkan mangsa.

“Pihak bomba tiba di lokasi mangsa pada pukul 2.41 petang dan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan. Pasukan kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya turun ke lokasi selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya dibawa turun ke kawasan staging pada pukul 5 petang sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

The post Bomba usung pendaki cedera hampir dua jam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved