Bonnie sumbang emas kedua Malaysia di Sukan Para Asia

20 Oct 2026 • 5:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bonnie sumbang emas kedua Malaysia di Sukan Para Asia
Bonnie memenangi emas dengan angkatan 225kg sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada edisi Hangzhou 2022 dalam kategori sama.

JAGUH powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menjuarai acara akhir lelaki 72 kilogram (kg) pada Selasa.

Beliau memenangi emas dengan angkatan 225kg sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada edisi Hangzhou 2022 dalam kategori sama.

Pingat perak menjadi milik wakil China, Zhang Pingkang, yang mencatat angkatan terbaik 212kg manakala atlet Iran, Mohsen Bakhtiar meraih gangsa dengan angkatan 208kg.

Bonnie, yang juga juara Paralimpik dua kali memegang rekod dunia 232kg, rekod Asia 231kg dan rekod temasya 230kg.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved