Bonus pindah ke jerebu, seloroh Anwar

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 2:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bonus pindah ke jerebu, seloroh Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kementerian Kewangan (MoF) di sini pada pukul 2 petang setelah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra bagi membuat persiapan terakhir sebelum pembentangan Belanjawan 2027.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru muda dan bersamping itu sempat menyapa sekumpulan petugas media sambil berseloroh secara ringkas.

“Disebabkan jerebu, bonus (yang akan diumumkan) ini kita pindah ke (perbelanjaan menangani) jerebu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anwar dijangka menuju ke Parlimen sekitar pukul 3 petang bagi Pembentangan Belanjawan Kerajaan Madani kali kelima yang dijadualkan bermula pada pukul 3.30 petang ini.

Dengan tema ‘Malaysia Madani: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’, Belanjawan 2027 terus berpaksikan tiga tonggak Ekonomi Madani iaitu Menaikkan Siling pertumbuhan negara, Menaikkan Lantai kesejahteraan hidup rakyat dan Memacu Pembaharuan Tatakelola pentadbiran negara. – UTUSAN

The post Bonus pindah ke jerebu, seloroh Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved