Bosan terperangkap kesesakan lalu-lintas, 2 lelaki pilih pikul motosikal

25 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bosan terperangkap kesesakan lalu-lintas, 2 lelaki pilih pikul motosikal

JAKARTA – Aksi luar biasa dua orang lelaki yang bertindak memikul sebuah motosikal Honda Vario selepas tersangkut dalam kesesakan jalan raya tular  di media sosial, lapor laman berita detik.com.

Kejadian tersebut berlaku di Banjarnegara, wilayah Jawa Tengah, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-81 Republik Indonesia pada 17 Ogos lalu.

Kesesakan  berlaku kerana banyak  kenderaan diletakkan begitu sahaja di jalan sehingga mengganggu pengguna lain.

Keadaan menjadi semakin parah selepas kawasan itu dipenuhi orang ramai yang bersama-sama meraikan  Hari Kemerdekaan ke-81 Republik Indonesia.

Aksi mencuri tumpuan yang dimuat naik oleh akaun Instagram hidayatulloh1543 itu mendapat perhatian netizen serta tular di media sosial. – AGENSI

 

The post Bosan terperangkap kesesakan lalu-lintas, 2 lelaki pilih pikul motosikal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved