Bot karam: DNA mayat Ridzuan diketahui seawal esok

18 Sep 2026 • 5:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bot karam: DNA mayat Ridzuan diketahui seawal esok

KLANG – Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat pemancing Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37, dijangka diketahui seawal esok.

Bapa saudara mangsa, Khairul Muhidin, 47, berkata, ujian DNA perlu dilaksanakan berikutan keadaan mayat yang menyukarkan pengecaman identiti secara fizikal.

“Jadi, proses DNA akan dijalankan lepas proses bedah siasat dilakukan pada petang ini. Berdasarkan doktor forensik Hospital Sungai Buloh, keputusan mungkin akan diketahui esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Khairul berkata, jenazah akan dituntut esok sekiranya semua proses berkenaan selesai.

“Pengurusan jenazah akan dilakukan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kebun Barat, Kampung Jalan Kebun,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis mengesahkan mayat pemancing yang ditemukan terapung di perairan Perak, petang semalam ialah Muhammad Ridzuan.

Pengecaman mayat tersebut dilakukan salah seorang waris berdasarkan gambar serta kasut yang dipakai mangsa.

Penemuan mayat tersebut dimaklumkan kira-kira pukul 4.26 petang oleh bot nelayan sebelum Kapal Maritim (KM) Nusa Perak tiba di lokasi tersebut kira-kira pukul 5.05 petang.

Mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dan seterusnya akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan bedah siasat serta tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Bot karam: DNA mayat Ridzuan diketahui seawal esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved