
TAWAU: Sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki menangkap ikan dengan menarik pukat di kawasan jarak tidak dibenarkan, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau sekitar jam 2.15 petang, pada Khamis.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot tersebut yang dijurangani seorang lelaki dan dua awak-awak warga Indonesia berumur di antara 30 hingga 45 tahun, ditahan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Sungai Umas Umas.
AdvertisementMenurutnya, aktiviti mereka berjaya dikesan bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Pluto Timur dan Op Tiris ketika sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Sungai Umas Umas.
"Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit mendapati mereka disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak yang tidak dibenarkan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "Juragan, awak-awak, bot serta muatan hasil laut ditahan lalu diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut,"katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.


