
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal nelayan di perairan Kunak, di sini, pada Selasa kerana melanggar syarat lesen.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, berkata kapal nelayan ikan bilis itu ditahan kira-kira 1.30 tengah hari di perairan Kunak Tiga oleh APMM ketika menjalankan tugas di bawah Op Pluto Timur.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu dikendalikan dua lelaki tempatan berusia 19 dan 44 tahun serta warga Filipina berusia 53 tahun. Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Hasil pemeriksaan juga mendapati kapal itu membawa lima kilogram ikan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Siasatan lanjut mendapati kapal berkenaan melanggar Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang daripada 1.5 batu nautika dari pantai.
“Bot, anak kapal dan hasil tangkapan dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut dengan rampasan dianggarkan bernilai RM85,000,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, Dzulfikhar berkata, APMM tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang dan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan di perairan negara.
Tambahnya, untuk sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Lahad Datu melalui WhatsApp di talian 016-9305727 atau MERS999 untuk tindakan segera.



