Bot Sabrie hilang dua minggu lalu ditemui

11 Sep 2026 • 8:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bot Sabrie hilang dua minggu lalu ditemui

DUNGUN – Bot gentian kaca milik nelayan, Sabrie Rusli, 32, yang sebelum ini dilaporkan hilang di perairan Pulau Tenggol, dekat sini pada 27 Ogos lalu, ditemui semula hari ini.

Bot tersebut dijumpai empat nelayan yang juga rakan Sabrie pada pukul 8.30 pagi tidak berapa jauh dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, sebelum itu, keempat-empat nelayan terbabit memperolehi maklumat tali pelampung sauh disyaki milik bot mangsa.

“Mereka melakukan selaman di kawasan tersebut sebelum menemukan bot gentian kaca milik mangsa di dasar laut sedalam antara 30 hingga 34 meter.

“Bot tersebut kemudiannya ditunda ke Kuala Dungun di sini sebelum dicam dan disahkan milik Sabrie oleh ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, penemuan bot tersebut yang merupakan petunjuk baharu kehilangan Sabrie telah dimaklumkan kepada Maritim Malaysia (APMM).

Kosmo! 28 Ogos lalu melaporkan Sabrie dikhuatiri hilang selepas bot gentian kaca dinaikinya terbalik dipukul ribut di perairan Pulau Tenggol. – KOSMO! ONLINE

The post Bot Sabrie hilang dua minggu lalu ditemui appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved