Empat remaja lemas: Jasad mangsa kedua ditemui nelayan

3 Sep 2026 • 4:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat remaja lemas: Jasad mangsa kedua ditemui nelayan
Jasad Muhamad Thaqif Rayyan ditemui terapung oleh nelayan pada Khamis.

KOTA TINGGI - Jasad mangsa kedua dilaporkan hilang di Pantai Tanjung Lompat ditemui oleh nelayan kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa pertama.

Mayat Muhamad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16, dijumpai terapung jam 1.53 petang pada Khamis oleh nelayan kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa pertama dijumpai.

Pegawai Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili, Leftenan Komander Mohamed Shafiee Bakar berkata, mayat mangsa dibawa naik ke darat jam 2.51 petang bagi proses pengecaman oleh waris.

“Selepas disahkan waris, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini.

Muhammad Adib barbeku sempena merdeka bersama keluarga sebelum hilang di laut

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, enam remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan lemas selepas mandi di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar sebelum dua daripadanya berjaya diselamatkan orang awam.

Operasi SAR yang diaktifkan sejurus kemudian berjaya menemui mangsa pertama, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul,16, dijumpai jam 1.15 petang pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian.

Radius pencarian pada Khamis diperluaskan ke dua batu nautika dan menerbangkan dua dron bagi mengesan tiga lagi mangsa yang berkemungkinan dihanyutkan ke pantai lain.

Dua lagi mangsa yang masih hilang ialah Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Muhamad Adib Haiman Fitri Supian.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved