Empat suspek pecah rumah di Ipoh ditahan

2 Sep 2026 • 9:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat suspek pecah rumah di Ipoh ditahan

IPOH – Empat lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Pengkalan Indah di sini kelmarin berjaya diberkas polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kesemua suspek yang berusia antara 28 hingga 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.45 pagi di dua buah hotel di sekitar bandar ini.

Katanya, penahanan kesemua suspek itu susulan risikan dan tindakan daripada sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah D4 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Semakan mendapati kesemua tahanan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah beg sandang, sebilah pisau bersarung, sebotol minuman keras serta sejumlah mata wang asing, antaranya matawang Vietnam dan Hong Kong.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Empat suspek pecah rumah di Ipoh ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved