Buasir: sakit senyap yang ramai malu nak cerita

Health & Fitness
5 Jan 2026 • 4:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Buasir: sakit senyap yang ramai malu nak cerita
By Public Health M'sia

“Sakit nak buang air besar sampai rasa nak menangis… tapi malu nak cerita.”

Ramai orang senyap pasal buasir. Padahal buasir cuma salur darah di hujung usus dan kawasan dubur yang bengkak akibat tekanan berulang.

Selalu jadi bila kita kerap meneran sebab najis keras, duduk lama dalam tandas sambil scroll telefon, kurang minum air, kurang sayur, lepas bersalin, atau kerja angkat berat hari hari.

Tanda tandanya biasa bermula dengan rasa tak selesa dan gatal di dubur, lepas tu nampak darah merah segar di tisu atau dalam mangkuk tandas, ada benjolan keluar masa meneran, kadang kadang perit sampai takut nak ke tandas. Ramai buat tak tahu, tahan sakit, sapu apa apa

Kalau ada darah keluar setiap kali buang air besar, benjolan makin besar dan tak masuk semula, sakit sampai susah nak duduk, atau rasa pening dan lemah, itu bukan masa untuk bertahan lagi.

Tolong jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor akan nilai dulu, mungkin cukup dengan ubat makan, ubat sapu dan ubah gaya hidup. Bukan semua kes perlu pembedahan.

Jaga usus bermula dari tabiat harian yang mudah. Minum air secukupnya, lebihkan sayur dan buah, elakkan meneran, jangan lepak lama di tandas, dan cuba kawal berat badan.

Buasir bukan tanda “kurang jaga diri”, ia cuma isyarat badan minta kita ubah cara hidup. Jangan malu, jangan tangguh. Lagi awal dirawat, lagi senang sembuh dan hidup pun lebih selesa.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.