
PETALING JAYA – Kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang dilakukan awal pagi mengundang rasa tidak puas hati pengguna Lebuh raya Persekutuan apabila mereka terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna meluahkan rasa geram terhadap kerja selenggara jalan yang dikatakan mengganggu kelancaran perjalanan orang ramai.
Pengguna berkenaan turut mempersoalkan mengapa kerja-kerja itu tidak dilakukan ketika jalan kurang digunakan, sebelum menghentikannya apabila orang ramai mula keluar bekerja.
“Dah kenapalah tak buat jalan masa orang tidur, agak-agak orang dah bangun kau berhentilah. Tak pasal-pasal layan jem 5.30 pagi,” tulis seorang penggguna dikenali sebagai Pqaeka.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut mempersoalkan perkara tersebut selain mencadangkan kerja baik pulih jalan dilakukan semasa bukan waktu orang ramai ke tempat kerja.
“Patut dia mula malam tadi. Mulalah 10.30 malam sampai 5.30 pagi harap cukuplah. Lepas tu kena buka dah,” kata Faidh.
“Kalau 5.30 pagi pun dah macam ni… pukul berapa nak kena gerak,” soal Jazmina.
“Masalahnya jalan yang tak rosak dia tar. Jalan rosak tak nak pula di tar nya. Lepas tu jalan yang tar baru tu lagi teruk,” kata Melio. – KOSMO! ONLINE
The post Buat jalan punca Lebuh raya Persekutuan sesak 5.30 pagi appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] Mana datang sekumpulan lembu lintas Lebuh Raya Persekutuan?](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-27-at-16.21.48-1024x771.jpeg)
