![Image from: [VIDEO] Mana datang sekumpulan lembu lintas Lebuh Raya Persekutuan?](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-27-at-16.21.48-1024x771.jpeg)
PETALING JAYA – Suasana di Lebuh Raya Persekutuan, hari ini mencetus perhatian orang ramai susulan kemunculan sekumpulan lembu di lokasi berkenaan.
Kejadian itu dikongsikan menerusi rakaman video oleh seorang lelaki yang memaparkan kumpulan haiwan berkenaan sedang melintas jalan.
Menggunakan profil @Azizul.farhan.71 di media sosial, lelaki itu memaklumkan kejadian itu dirakam ketika adiknya dalam perjalanan pulang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
“Tadi adik aku nak gerak balik ke UiTM Shah Alam. Sekali, nah… sekumpulan lembu lintas Lebuh Raya Persekutuan.
“Macam-macam hal lah ‘FIC’ (Litar Antarabangsa Persekutuan) ni,” katanya menerusi kumpulan media sosial ‘Federal International Circuit’, hari ini.
Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai yang turut meninggalkan pelbagai komen.
“Kenderaan berat ikut kiri,” seloroh @Mdzailie.
“Boleh angkut, muat lagi belakang tempat duduk. Ni orang kata rezeki terpijak,” ujar @Fadzly_esa.
“Lain macam marshall dekat FIC. Siap ada penyelia jaga marshall,” komen @Sharulz83. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Mana datang sekumpulan lembu lintas Lebuh Raya Persekutuan? appeared first on Kosmo Online.





![[VIDEO] ‘Ini baru lelaki, pelindung wanita’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-27-at-11.12.02-AM-1024x687.jpeg)
