Buatlah apa yang kamu nak buat, untuk saya berundur tidak sama sekali -Akmal Saleh

LocalPolitics
19 Oct 2026 • 8:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak akan berundur meskipun Mahkamah Tinggi memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam kes saman fitnah.

Buatlah apa yang kamu nak buat…

Menerusi satu hantaran di Facebook beberapa jam selepas keputusan mahkamah itu, Akmal menyuarakan pendiriannya berhubung perkembangan terbaharu kes berkenaan.

“Buatlah apa yang kamu nak buat, untuk saya berundur, tidak sama sekali.”
“Ini masa kamu berkuasa. Kamu buatlah apa yang kamu nak buat. Untuk saya berundur, tidak sama sekali. Selamat berkempen,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Teresa Kok menang saman

Pada Isnin, mahkamah telah memerintahkan Akmal membayar ganti rugi am sebanyak RM250,000 serta kos RM50,000 kepada Teresa.

Difahamkan, Teresa memfailkan saman pada 25 Oktober 2024 dengan mendakwa Akmal mengeluarkan kenyataan menghina dan merendahkan dirinya menerusi video di aplikasi TikTok pada 7 September 2024.

Beliau mendakwa kenyataan berkenaan menggambarkannya sebagai tidak mempunyai pengetahuan, khususnya berkaitan pensijilan halal, selain menentang dasar kerajaan mengenai amalan Islam.

Image from: Buatlah apa yang kamu nak buat, untuk saya berundur tidak sama sekali -Akmal Saleh

Foto: FB Teresa Kok

Teresa menamakan Akmal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, sebagai defendan tunggal dan menuntut pampasan serta ganti rugi am dan teladan.

Walau bagaimanapun, Akmal tidak hadir ketika keputusan mahkamah itu dibacakan. Teresa diwakili peguam, Datuk Sankara Nair, manakala Akmal diwakili peguam, Syahrul Syazwan Salehin.

Namun begitu, keputusan mahkamah dalam kes saman fitnah sivil berkenaan tidak menyebabkan Akmal hilang kelayakan secara automatik untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.

Kelayakannya perlu dinilai berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, memandangkan keputusan dalam kes saman fitnah sivil berbeza daripada sabitan jenayah.

Akmal masih boleh bertanding selagi memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan undang-undang.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved