Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai dengan adik, rakan

27 Dec 2023 • 11:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA TERENGGANU, 27 DIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi-manda bersama adik dan rakannya di Sungai Tok Hakim di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kehilangan Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan pada 4.46 petang.

Beliau berkata sejumlah 19 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk enam daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menurut saksi kejadian, mangsa bersama adik lelakinya Muhammad Firas Wafiy yang berusia sembilan tahun dan seorang rakannya mandi-manda di sungai ini sejurus selepas waktu Asar.

“Muhammad Firas Wafiy serta rakannya berjaya diselamatkan namun mangsa yang dihanyutkan arus deras gagal ditemukan orang awam menyebabkan mereka menghubungi bomba,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Rozizah juga berkata operasi SAR bermula pada 5 petang dengan kekuatan lima jentera dan sebuah bot.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved