Budak 3 tahun ditemui meninggal dunia bawah jambatan

1 Sep 2026 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Budak 3 tahun ditemui meninggal dunia bawah jambatan
Pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar meletakkan pita larangan di kawasan Jambatan Victoria sebagai langkah keselamatan. Foto tular

KUALA KANGSAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui meninggal dunia di bawah Jambatan Victoria di Enggor di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Abdul Rafee Abdul Halim disahkan meninggal dunia Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berjalan di atas Jambatan Victoria sambil memegang tangan bapanya sebelum berada di bawah jambatan setinggi kira-kira lima meter.

“Selepas kejadian, ibu mangsa yang berada di lokasi melihat anaknya berada di atas jalan raya di bawah jambatan tersebut.

“Waris kemudian membawa mangsa ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam,” katanya.

Difahamkan mangsa merupakan anak kelima daripada lima beradik dan keluarganya yang berasal dari Kluang, Johor, datang bercuti ke Kuala Kangsar sebelum mengunjungi Jambatan Victoria untuk lawatan.

Sementara itu, susulan kejadian berkenaan jambatan tersebut telah diletakkan pita larangan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar sebagai langkah keselamatan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved