
IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun maut selepas terjatuh dari Jambatan Victoria di Enggor, Kuala Kangsar, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan A.W Charan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 6.40 petang.
“Mangsa difahamkan berjalan di jambatan itu dengan memegang tangan bapanya berusia 41 tahun sebelum didakwa terjatuh melalui lubang pada jambatan itu.
“Ibu mangsa berusia 41 tahun melihat mangsa terjatuh di jalan raya dan kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar oleh waris,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Charan berkata mangsa, anak bongsu daripada lima beradik itu disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam.
Beliau berkata keluarga itu bercuti di Kuala Kangsar dan berkunjung ke Jambatan Victoria untuk melawat kawasan berkenaan.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – Bernama
The post Budak maut terjatuh pijak jambatan berlubang appeared first on Kosmo Digital.





.jpg)
![[KEMAS KINI] Lelaki maut jatuh kondo, mayat isteri, 2 anak dalam bilik](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/PESARA-POLIS-MENINGGAL-DUNIA-1024x771.jpeg?v=1779157200)