Budak autistik hilang ditemukan di kawasan rumah pekerja

7 May 2026 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Budak autistik hilang ditemukan di kawasan rumah pekerja
Kanak-kanak autistik ditemukan selamat dan diserahkan kepada ahli keluarganya di Kampung Lumadan, Beaufort.

BEAUFORT - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang pada petang Rabu di Kampung Lumadan, ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran rumah pekerja di kawasan tersebut.

Vin Aaric Victor, 7, ditemukan pada jam 7.40 pagi iaitu pada jarak kira-kira 3.5 kilometer dari rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, pada awalnya pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membuat pencarian menggunakan anjing pengesan dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Anggota kita telah berada di lokasi untuk perancangan seterusnya tetapi maklumat terbaharu diterima, mangsa sah sudah ditemui oleh orang awam pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ishak berkata, kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan keletihan namun selamat.

"Ketika ditemui, kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan tidur keletihan, setakat pemeriksaan awal tiada kecederaan serius cuma terdapat luka kecil kemungkinan akibat meredah semak samun. 

"Kanak-kanak tersebut kemudian telah dibawa ke rumah untuk diserahkan kepada keluarganya.

"Bagaimanapun kita sarankan pihak keluarga untuk membawa mangsa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut," katanya.

Katanya lagi, susulan penemuan kanak-kanak tersebut, operasi ditamatkan pada jam 8.50 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved