Budak dera kucing, polis panggil ibu bapa 

Family & ParentingPets
30 Oct 2026 • 9:11 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Budak dera kucing, polis panggil ibu bapa 

JAKARTA – Polis Thailand memanggil sepasang suami isteri untuk disoal diasat selepas anak perempuan mereka menjadi sensasi internet kerana mendera seekor kucing peliharaan sehingga mencetuskan aduan penganiayaan haiwan, lapor laman berita Thaiger. 

Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan kanak-kanak perempuan itu memegang kucing tersebut di bahagian leher serta kaki depan, menyeretnya di tanah, memijak badan serta dibaling ke tanah dengan kuat. 

Perakam yang dikenal pasti sebagai ibunya menganggap interaksi kanak-kanak perempuan dengan kucing berkenaan sebagai gurauan serta tanda kasih sayang. 

Namun, pengguna media sosial mengecam tingkah laku tersebut dan mendakwa ia boleh memudaratkan haiwan berkenaan. 

Mereka turut mengecam ibunya kerana hanya merakam kejadian dan tidak mengajar cara mengendalikan haiwan dengan betul. 

Pihak berkuasa memberi amaran kepada pasangan suami isteri tersebut, namun tiada pertuduhan dikenakan setakat ini. 

Polis sedang mempertimbangkan sama ada kecuaian ibu bapa itu boleh disifatkan sebagai penganiayaan haiwan. – AGENSI

The post Budak dera kucing, polis panggil ibu bapa  appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved