Pelajar tujuh tahun maut selepas alami kesukaran bernafas 

20 Oct 2026 • 1:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pelajar tujuh tahun maut selepas alami kesukaran bernafas 

SEPANG: Polis mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun maut selepas dipercayai mengalami kesukaran bernafas semasa berada dalam kelas di Dengkil, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, pada 7.30 malam semalam.

“Mangsa dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas sebelum diberikan bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat telah dijalankan di Hospital Putrajaya pada 8 pagi tadi dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak benar berkaitan kejadian berkenaan,” katanya.

Pihak mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor T. Vishno Kumar menerusi talian 011-11021528 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular mengenai insiden pelajar Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Dengkil itu yang didakwa tercekik makanan, namun tidak berjaya diselamatkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved