Budak hilang: Ibu saudara terlelap ketika jaga mangsa

22 Nov 2026 • 11:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Budak hilang: Ibu saudara terlelap ketika jaga mangsa
Kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan hilang ketika bermain di halaman rumahnya.
Image from: Budak hilang: Ibu saudara terlelap ketika jaga mangsa
Operasi mencari dan menyelamat turut digerakkan di kawasan rumah mangsa serta hutan berdekatan.

KUALA KRAI – Kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan hilang ketika bermain di halaman rumahnya di Kampung Bechah Salak di sini dipercayai berlaku selepas ibu saudara terlelap ketika mengawasi mangsa.

Muhammad Irsyad Hakim Mohammad Khairul dipercayai hilang kira-kira pada jam 4 petang.

Ketika kejadian, ibu mangsa sedang tidur di dalam rumah, manakala ibu saudaranya juga wanita dewasa yang mengawasi kanak-kanak itu turut terlelap selama kira-kira 15 minit.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak usia setahun 8 bulan dilaporkan hilang

Mangsa disedari hilang selepas ibunya terjaga.

**media[3719285]**

Komander Operasi Balai Bomba Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata, keluarga mangsa melakukan pencarian sebaik menyedari kanak-kanak itu tiada, termasuk di kawasan kolam ikan berhampiran rumah.

Menurutnya, terdapat dua kolam ikan kira-kira 50 meter dari rumah mangsa namun salah sebuah kolam berpagar.

“Pencarian sudah dilakukan di kolam ikan berkenaan dengan satu kolam yang kedalaman kira-kira tiga meter itu sudah dikeringkan.

“Setakat ini mangsa belum ditemui,” katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, pihaknya melalui Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.37 petang.

Mohd Khairul Duha berkata, berdasarkan maklum balas keluarga, pergerakan anak bongsu daripada dua beradik itu masih perlahan.

“Sehingga kini operasi mencari masih diteruskan,” katanya.

Ujar beliau, selain kolam ikan, operasi mencari dan menyelamat turut digerakkan di kawasan rumah mangsa serta hutan berdekatan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved