Polis siasat rakaman video tular lelaki tolak, tendang wanita

22 Sep 2026 • 9:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis siasat rakaman video tular lelaki tolak, tendang wanita

KOTA TINGGI: Satu kertas siasatan telah dibuka melibatkan rakaman video yang tular memaparkan seorang lelaki mengasari seorang wanita yang dipercayai berlaku di Felda Kledang, Gugusan Adela, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, video tular berdurasi 44 saat itu dikesan pihaknya di platform media sosial Facebook, pagi hari ini.

Katanya, rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki berpakaian warna merah bertindak menolak dan memukul seorang perempuan.

“Polis menerima satu laporan polis berhubung kejadian oleh seorang wanita yang merupakan perakam video berkenaan.

“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.-UTUSAN

The post Polis siasat rakaman video tular lelaki tolak, tendang wanita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved