Budak Lelaki Maut Masa Ambil Wuduk, Gara-gara Mat Motor Terlanggar Dinding Masjid Masa Buat Freestyle

Entertainment
21 Sep 2023 • 3:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa sangka sewaktu sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat, ia merupakan amalan terakhir buat kanak-kanak 8 tahun yang dikenali sebagai Gian Septiawan Ardani ini apabila maut dihempap dinding di Masjid Raya Lubuk Minturun, Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Difahamkan, ia angkara saudaranya sendiri yang berumur 13 tahun melakukan aksi freestyle motosikal tetapi hilang kawalan sampai melanggar dinding sebelum menghempap mangsa.

Kejadian ini tular menerusi video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan Gian bersama seorang lagi rakannya sedang mengambil wuduk sebelum dinding runtuh akibat pelanggaran itu.

image is not available

Dinding tersebut runtuh di atas kepala Gian, sementara rakannya sempat mengelak bongkah konkrit tersebut. Gian terus dikejarkan ke hospital dan dia disahkan meninggal dunia kerana pendarahan di kepada dan kehilangan banyak darah.

Seorang inspektor polis trafik tempatan di Padang mengesahkan insiden membabitkan motosikal Yamaha Mio Sporty itu berlaku kira-kira 3 petang, Isnin lalu. Sementara itu, pelaku kini telah ditahan oleh pihak polis dan siastan kini sedang dijalankan.

Sumber: Kumparan.com

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.