Budak Lima Tahun Maut Dipercayai Dicampak Ke Sungai Rupanya Pulang Kampung Bersama Bapa Ambil Ubat

22 Sep 2026 • 8:58 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Budak Lima Tahun Maut Dipercayai Dicampak Ke Sungai Rupanya Pulang Kampung Bersama Bapa Ambil Ubat

Kanak-kanak lima tahun yang maut dipercayai dicampak ke dalam sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili pada Isnin dilaporkan pulang bersama bapanya ke kampung untuk mengambil ubat sebelum kejadian tragis itu berlaku.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Muszaidi Makmor, yang telah menziarahi bapa mangsa di Klinik Kesihatan Tanjung Sedili pada petang Isnin.

Image from: Budak Lima Tahun Maut Dipercayai Dicampak Ke Sungai Rupanya Pulang Kampung Bersama Bapa Ambil Ubat

Menurutnya, bapa mangsa dan anaknya yang menetap serta mengusahakan kedai makan di Muar, Johor pulang ke Tanjung Sedili untuk mengambil ubat bersama suspek.

"Malangya, suspek yang kurang kewarasan telah bertindak di luar jangkaan," kata Muszaidi dalam satu hantaran di Facebook.

Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa simpati kepada keluarga tersebut disamping mendoakan agar mereka diberikan ketabahan.

"Moga keluarga ini diberikan ketabahan di atas ujian yang sangat berat ini," ujarnya.

Budak Lima Tahun Maut Dipercayai Dicampak Ke Sungai

Image from: Budak Lima Tahun Maut Dipercayai Dicampak Ke Sungai Rupanya Pulang Kampung Bersama Bapa Ambil Ubat
Baca juga:

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan polis selepas disyaki mencampak seorang kanak-kanak berusia lima tahun ke dalam sungai hingga maut di Kampung Padang, Tanjung Sedili pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 9.30 pagi.

Image from: Budak Lima Tahun Maut Dipercayai Dicampak Ke Sungai Rupanya Pulang Kampung Bersama Bapa Ambil Ubat

Menurutnya, suspek dipercayai mencampak mangsa ke dalam sungai sebelum mengamuk sambil membawa parang dan mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun.

Dalam pada itu, mayat mangsa dihantar ke hospital Kota Tinggi sbeleum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang pada hari ini bagi tujuan bedah siasat.

Punca kejadian masih dalam siasatan, namun suspek dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved