Orang Asli Maut Dipercayai Diserang Harimau Ketika Mencari Rotan

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 2:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Orang Asli Maut Dipercayai Diserang Harimau Ketika Mencari Rotan

SUNGAI SIPUT - Seorang lelaki Orang Asli dipercayai maut diserang harimau ketika mencari rotan di Hutan Simpan Korbu berhampiran Kampung Takung, Pos Perwor, dekat sini, semalam.

Mangsa, Zamberi Angah, 43, ditemukan meninggal dunia pada 6.58 petang dalam kawasan rimbunan buluh berhampiran jalan balak, kira-kira 200 meter dari lokasi dipercayai serangan berlaku.

Mangsa dilaporkan pergi mencari rotan bersama seorang rakannya sebelum diserang haiwan berkenaan.

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, kesan tapak kaki harimau, kesan gigitan pada leher mangsa serta tanda pergelutan, seretan dan darah ditemukan di sekitar lokasi mayat ditemui.

Perhilitan Perak menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 4.30 petang sebelum operasi mencari mangsa dimulakan pada 6.30 petang.

Zamberi ditemukan kira-kira 28 minit kemudian dalam rimbunan buluh berhampiran jalan balak.

Pengarah Perhilitan Perak, Dr Pazil Abdul Patah berkata, pihaknya sudah bertemu anak mangsa dan akan membantu keluarga membuat permohonan Bantuan Mangsa Serangan Hidupan Liar.

Katanya, nasihat keselamatan turut diberikan kepada penduduk kampung susulan kejadian itu.

“Perangkap harimau akan dipasang dalam masa terdekat bagi mengesan dan menangkap haiwan berkenaan,” katanya. - Getaran, 22 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved