Bagi menghadapi kesan akibat peperangan di Timur Tengah, Kerajaan telah mengumumkan inisiatif bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dari RM200 kini telah dinaikkan ke RM400 sebulan bagi memastikan kelangsungan sektor pertanian mendepani penyasaran subsidi diesel yang boleh dipohon menerusi budimadani.gov.my.
Dalam artikel ini akan dikongsikan lebih lanjut tentang BUDI Agri-Komoditi.

Pengenalan BUDI Agri-Komoditi
Keraidan Malaysia melalui KPKM dan MOF memperkenalkan inisatif BUDI Agri-Komoditi untuk membantu golongan sasar sektor pertanian mendepani penyasaran subsidi diesel.
Bantuan ini berbentuk tunai bulanan bagi memastikan kestabilan kos operasi pengeluaran makanan negara.
Ini juga merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel.
Objektif bantuan ini diperkenalkan adalah untuk membantu golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang ditawarkan adalag sebanyak RM400, meningkat daripada RM200 berkuatkuasa 21 April 2026.
Bantuan tunai tersebut akan disalurkan kepada mereka yang memenuhi syarat dan berjaya didaftarkan.
Sektor Terlibat
Sektor yang terlibat merangkumi individu yang mengusahakan tanaman (tidak termasuk pesawah), ternakan dan aktiviti akuakultur (tidak termasuk nelayan).
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Bagi petani kecil, Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan
- Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000
- Bagi pekebun kecil, Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia
- Pekebun kecil sawit dan getah persendirian melibatkan keluasan tanah 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil koko, lada dan kenaf persendirian melibatkan keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah
- Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000
Cara Permohonan
Pemohon perlu mendaftar maklumat usaha tani mereka terlebih dahulu di dalam Sistem Geoagro https://geoagro-register.kpkm.gov.my/.
Kemudian, lengkapkan permohonan dan buat pengesahan pendapatan di pautan melalui Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my.
Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Pada masa yang sama pemohon boleh hadir ke jabatan/ agensi KPKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan.










Semakan Permohonan / Kelayakan
Maklumat lanjut berkenaan status permohonan boleh diperolehi dengan login ke Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my dan tekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Permohonan Rayuan
Pemohon yang memenuhi kriteria kelayakan perlu berdaftar dengan Kementerian yang berkenaan terlebih dahulu.
Selepas itu, pemohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan baharu (sekiranya belum memohon), atau mengemukakan permohonan rayuan kepada portal BUDI https://budimadani.gov.my atau menghubungi talian bantuan BUDI atau mengemukakan emel kepada budimadani@treasury.gov.my
Tarikh Bayaran
Pembayaran BUDI Agri-Komoditi akan dilaksanakan secara bulanan dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan kepada pemohon yang layak dari semasa ke semasa.
KPKM dan KPK akan membuat proses verifikasi secara berkala bagi memastikan hanya penerima yang layak menerima bantuan tunai.
Soalan Lazim
Apakah itu BUDI Agri-Komoditi?BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Layak sekiranya memenuhi kriteria seperti petani kecil atau pekebun kecil dan berdaftar dengan agensi Kerajaan yang berkaitan di bawah KPKM dan KPK.
Saya merupakan pekebun kecil di bawah FELDA, FELCRA dan RISDA adakah saya juga layak menerima bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi?Pekebun kecil tersusun di bawah FELDA, FELCRA dan RISDA tidak layak untuk bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi kerana Kerajaan akan menyalurkan subsidi diesel dan bantuan lain yang berkaitan terus kepada pihak FELDA, FELCRA dan RISDA. Kerajaan akan terus meneliti kriteria kelayakan bantuan tunai BUDI Agri- Komoditi bagi memastikan bantuan disediakan bagi pekebun kecil yang terkesan secara langsung akibat kenaikan harga diesel.
Berapa lama proses kelulusan kelayakan bantuan BUDI Agri-Komoditi?Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semakan Status & Pembayaran” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Bagaimanakah kaedah pembayaran BUDI Agri-Komoditi ini akan dibuat?Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI Agri-Komoditi atau sekiranya penerima yang lulus tiada akaun bank, bantuan dapat diterima secara tunai di mana-mana Cawangan BSN
Sekiranya permohonan didaftarkan atas nama syarikat / koperasi / pertubuhan, adakah akaun bank perlu didaftarkan atas nama syarikat / koperasi / pertubuhan tersebut?Tidak. Maklumat pemilik akaun bank yang didaftarkan mestilah sepadan dengan maklumat kad pengenalan individu (wakil) yang didaftarkan dalam permohonan.
Adakah pendaftaran secara manual bagi bantuan BUDI Agri-Komoditi boleh dilakukan?Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Pada masa yang sama pemohon boleh hadir ke jabatan/ agensi KPKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan. Pendaftaran perlu dibuat terlebih dahulu melalui Sistem Geoagro https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ dan kemudiannya permohonan boleh dibuat melalui Portal BUDI MADANI Diesel di pautan https://budidiesel.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim dalam lampiran di bawah:
- Pertanyaan berkaitan bantuan bagi petani kecil boleh dipanjangkan melalui talian KPKM:
– 03-88701207 dan e-mel : geoagroadmin@kpkm.gov.my.
– Waktu operasi : 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat) - Pertanyaan barkaitan bantuan bagi pekebun kecil pula boleh dipanjangkan ke KPK melalui talian:
– 03-8880 3426/ 03-8880 3431 dan e-mel: subsididiesel@kpk.gov.my;
– Waktu operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat). - Pertanyaan umum bekenaan BUDI MADANI boleh disalurkan melalui emel kepada budimadani@treasury.gov.my.
Baca juga: BUDI Diesel Dinaikkan RM400 Sebulan Mulai April 2026
