

Pemilik berdaftar BUDI Diesel kini boleh memindahkan kelayakan subsidi kepada maksimum tiga individu yang merupakan pengguna sebenar kenderaan bermula hari ini, berikutan pengumuman rasmi Kementerian Kewangan bagi menambah baik penstrukturan bantuan bahan api di Malaysia.
Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Pengguna SebenarKerajaan secara rasmi memperluaskan kemudahan pemindahan kelayakan BUDI MADANI Diesel kepada maksimum tiga individu yang benar-benar menggunakan kenderaan terbabit.
Menerusi ketetapan baharu ini, dua fokus utama diperkenalkan bagi memudahkan rakyat:
Pengguna Sebenar: Pemindahan kelayakan kini terbuka kepada mana-mana warganegaraMyKad sah dan layak menerima subsidi BUDI95.
Pemilik Pelbagai Kenderaan: Pemilik yang mempunyai lebih dari satu kenderaan diesel boleh memindahkan kuota kepada maksimum tiga individu lain.
Sebagai contoh, jika seorang pemilik mempunyai empat kenderaan diesel persendirian, kuota tersebut boleh diagihkan kepada ahli keluarga atau pekerja yang menggunakan kenderaan berkenaan.
Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu tahu beberapa syarat ketat yang ditetapkan oleh pihak kementerian:
Pemindahan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap kenderaan yang layak.
Selepas diluluskan, kuota tidak boleh dipindahkan semula kepada pemilik asal atau individu lain melainkan atas sebab khusus.
Seorang penerima hanya boleh menerima pemindahan kelayakan daripada seorang pemilik berdaftar sahaja.
Cara Mohon Melalui Portal BUDI MADANIPermohonan di bawah ketetapan baharu ini boleh dibuat mulai hari ini secara atas talian atau fizikal:
Layari Portal BUDI MADANI di pautan rasmi www.budimadani.gov.my.
Hadir secara fizikal ke mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pihak Kementerian Kewangan mengingatkan bahawa permohonan yang dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 hari bulan setiap bulan akan diproses bagi membolehkan kelayakan digunakan bermula 1 hari bulan berikutnya.






