BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

LocalBusiness & Finance
1 Apr 2026 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam berikutan orang ramai berpusu-pusu mengisi petrol bagi menghabiskan kuota subsidi 300 liter masing-masing.

Fenomena ini berlaku susulan pengumuman kerajaan bahawa penyelarasan kuota subsidi RON95 kepada 200 liter sebulan akan dikuatkuasakan secara sementara bermula  hari ini.

Pemandu Tak Mahu Rugi

Tinjauan di kawasan tumpuan seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, dan Cheras mendapati barisan kenderaan mula melimpah ke jalan raya utama .

Kebanyakan pengguna ingin memanfaatkan baki 100 liter kuota lama sebelum ia "luput" atau diselaraskan ke had baharu tepat jam 12.00 tengah malam tadi.

Seorang pengguna, Azlan Ishak, 42, menyifatkan tindakan ini sebagai langkah berjimat-cermat.

"Sayang kalau tak habiskan kuota 300 liter bulan ini. Walaupun bulan depan masih ada 200 liter, kita tak tahu keadaan bekalan macam mana, jadi lebih baik isi penuh sekarang," katanya ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Lebuhraya LDP.

Langkah Sementara Pulihkan Bekalan

Penyelarasan kuota ini dibuat oleh pihak kerajaan sebagai strategi jangka pendek untuk menguruskan kos subsidi dan memastikan kestabilan stok petrol RON95 negara.