Komen Datin Patimah Ismail, isteri kepada penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam, mencuri perhatian selepas beliau tampil memberikan pandangan mengenai isu orang ramai yang pernah menderma kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi ruangan komen di Threads, Datin Patimah dilihat membalas hantaran yang memetik kenyataan seorang pelajar Universiti Malaya (UM) berkaitan tindakan orang ramai memberikan sumbangan kepada Najib.
“Rakyat Malaysia Mengenang Budi”
Datin Patimah, yang juga ibu kepada pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Syafiq Yusof, menolak pandangan bahawa tindakan rakyat yang berbuat demikian sebagai sesuatu yang bodoh.
“Bukan bodoh dek tapi Rakyat Malaysia mengenang budi, orang yg berjasa kpd Negara.”
Komen tersebut mendapat perhatian selepas hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Komen Raih Pelbagai Reaksi
Sebelum itu, seorang pengguna Threads berkongsi hantaran meminta orang ramai memberikan sokongan kepada pelajar berkenaan susulan isu yang tercetus.

Hantaran tersebut turut memaparkan kenyataan yang mengkritik tindakan orang ramai menderma kepada Najib.
Perkongsian berkenaan kemudian mencetuskan perdebatan di media sosial, dengan pengguna memberikan pandangan berbeza mengenai tindakan rakyat yang pernah memberikan sumbangan kepada bekas Perdana Menteri itu.
Komen Datin Patimah turut mendapat perhatian apabila beliau secara terbuka menyatakan pandangannya mengenai perkara tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1MDB: Najib Razak Gagal Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kekal
The post “Bukan Bodoh Dek, Tapi Rakyat Malaysia Mengenang Budi” – Datin Patimah Pertahan Tindakan Derma Kepada Najib first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





