Rosmah Terharu Sumbangan Tabung Solidariti Najib, Dedah Terima Derma Dari Brunei, Itali & Kanada

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

rosmah terharu derma tabung najib

Bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menzahirkan rasa syukur selepas melihat begitu ramai pihak yang tampil membantu menjayakan kutipan dana RM50 juta bagi Tabung Solidariti Najib Razak.

Menurut Rosmah, sokongan yang diterima bukan sahaja datang daripada sahabat dan rakan-rakan di Malaysia, malah turut diterima daripada individu di luar negara.

Katanya, beliau sendiri tidak menyangka masih ramai yang mengambil berat mengenai keadaan Najib dan mahu melihat bekas Perdana Menteri itu kembali bersama keluarganya.

“Syukur alhamdulillah. Saya benar-benar terharu. Bukan sahaja sumbangan yang dihulurkan daripada rakan-rakan dan sahabat taulan di sini, tetapi juga dengan rakan-rakan dari luar negara.

“Dari Brunei, Itali, Singapura, dan negara lain, termasuk sejauh Kanada. Mereka telah menghubungi saya untuk menyatakan kegembiraan mereka terhadap perkembangan terkini mengenai Datuk Seri Najib sambil menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan.

“Saya tidak pernah menyangka begitu ramai yang masih mengambil berat dan sanggup tampil membantu dengan penuh keikhlasan,” katanya.

Dalam hantaran sama, Rosmah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan serta doa kepada keluarganya.

Malah, katanya, situasi itu membuatkan beliau sedar siapa sebenarnya sahabat yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang.

Terdahulu, tabung berkenaan diwujudkan susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan rumah itu tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk penyelesaian denda berjumlah RM50 juta.

Sebelum ini, UMNO turut mengumumkan pelancaran tabung khas bagi membantu meringankan beban kewangan Najib untuk melunaskan denda berkenaan.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved