“Bukan Buat S*x Tape Pun, Tu Tanda Cinta!” – Isu ‘Couple’ Bercumbu Di Konsert, Individu Minta Netizen Jangan Kolot

Music
16 Mar 2023 • 2:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu, tular satu video memaparkan satu pasangan sedang ‘seronok’ bercium dan berpelukan ketika menghadiri konsert di Axiata Arena.

Susulan video tersebut tular di media sosial, kebanyakkan netizen meluahkan rasa kurang senang melihat couple tersebut tanpa segan silu berkelakuan seperti itu di khalayak umum.

Biarpun ramai yang mengecam, terdapat seorang individu mempunyai pandangan berbeza daripada yang lain.

Menurut individu berkenaan, perkara tersebut bukanlah satu perkara yang salah untuk dilakukan kerana ia merupakan tanda pasangan tersebut sedang dilamun cinta.

Malah, meminta masyarakat untuk normalisasikan pasangan bercinta untuk memeluk dan bercium di khalayak ramai tanpa perlu dipertikaikan.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘terkedu’ kerana individu tersebut berani membuat ciapan seperti itu.

Sehingga artikel ini ditulis, tweet tersebut telah raih lebih 200 retweet dan sebanyak 600 ribu pengguna melihat ciapan tersebut.

image is not available 3 hari lalu

Individu Bengang Ada Pasangan Ghairah Berpeluk, Cium & Meraba Sepanjang Konsert ST12 - "Kau Tu Dahlah Bertudung..."