Tular Video Samun Bersenjata di Puteri Harbour, 2 Lelaki Ditahan Polis

16 Mar 2023 • 1:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan dua individu sedang menyamun sebuah kereta.

Dalam laporan Utusan Malaysia, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, kedua-dua suspek berkenaan bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisoner Rahmat Ariffin berkata, kedua-dua suspek itu merupakan berbangsa India dan mengaku terlibat dalam kejadian terbabit dengan cara melanggar kereta mangsa.

“Hasil siasatan, suspek mengaku terlibat dengan kes tersebut dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakan mangsa menggunakan senjata parang.

Ekoran dari tangkapan tersebut pihak polis telah membuat beberapa rampasan,” tulisnya dalam sebuah kenyataan.

15 MAC 2023KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH ISKANDAR PUTERITANGKAPAN 2 LELAKI BANGSA INDIA DAN RAMPASAN KES SAMUN DI TEEGA TOWER#PrihatinPDRMIskandarPuteri#LikeSharePagePolisDaerahIskandarPuteri

Posted by Polis Daerah Iskandar Puteri on Wednesday, March 15, 2023

Selain itu, pihak polis turut memberitahu siasatan kes ini masih lagi diteruskan bagi mengesan rakan sejenayah, pihak mereka turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil ke IPD Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Stay safe korang!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.