

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mencabar Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan kontraktor utamanya, China Communications Construction Company Limited (CCCC), untuk memulakan operasi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) seawal awal Disember iniiaitu lebih awal daripada sasaran asal pada Januari tahun hadapan.
Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya sedang membuat perbincangan untuk melihat bagaimana kita boleh memudahkan lagi beberapa proses kelulusan dan pengujian.

"Khususnya bagi ujian FFR yang selama ini agak terperinci, kita akan cuba permudahkan kerana kita yakin semua tren ini sudah melalui banyak ujian yang dan komprehensif di China sebelum dihantar ke Malaysia,"
Katanya, beliau mencadangkan supaya operasi ECRL dimulakan pada awal Disember bersempena cuti hujung tahun bagi memberi peluang kepada pelajar dan warga Pantai Timur menikmati kemudahan pengangkutan berkenaan.

"Jadi, sekiranya proses ini dapat dipermudahkan, saya ingin melontarkan satu cabaran kepada pihak MRL dan CCCC.
"Kita ingin meletakkan satu cabaran iaitu perkhidmatan ECRL ini dibuka lebih awal daripada yang dijadualkan," ujarnya.
Sumber Harian metro






