Bukan kakitangan UKM, Nur Fitri Azmeer tamat PhD 2021

2 Sep 2026 • 2:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil menjelaskan status Nur Fitri Azmeer Nordin susulan dakwaan yang tersebar di media sosial berkaitan individu berkenaan yang dikaitkan dengan kes pedofilia.

Image from: Bukan kakitangan UKM, Nur Fitri Azmeer tamat PhD 2021

Dalam satu kenyataan pada Rabu, UKM menegaskan bahawa Nur Fitri Azmeer bukan kakitangan universiti berkenaan.

Sebaliknya, UKM memaklumkan individu terbabit merupakan bekas pelajar institusi itu yang telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) pada 2021.

“Merujuk kepada isu yang tersebar di laman media sosial berhubung dengan bekas pelajar bernama Nur Fitri Azmeer Nordin. UKM ingin menjelaskan bahawa dia telah menamatkan pengajian PhD pada tahun 2021.
“UKM juga menafikan bahawa Nur Fitri Azmeer adalah kakitangan UKM.
“Sebagai institusi pendidikan tinggi UKM komited untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dan profesional bagi semua pelajar,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Image from: Bukan kakitangan UKM, Nur Fitri Azmeer tamat PhD 2021

Foto: Harian Metro

Penjelasan tersebut dibuat selepas tular hantaran di platform X apabila seorang pengguna mendakwa kehadiran lelaki yang dikaitkan dengan kes pedofilia di UKM dan menggesa pelajar universiti berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa masing-masing.

Nur Fitri Azmeer, yang pernah dikenali sebagai genius Matematik dan melanjutkan pengajian di Imperial College London, sebelum ini mencetuskan perhatian apabila dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan di London, United Kingdom pada 2015.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Southwark Crown selepas beliau mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya.

Artikel lain: UKM urus sendiri proses pengambilan pelajar, kutipan yuran kini dikendalikan universiti

Siasatan polis ketika penahanannya mendapati penuntut yang menerima biasiswa dalam bidang Matematik itu memiliki 601 video dan imej lucah kategori A, iaitu bahan yang melibatkan penyalahgunaan seksual kanak-kanak.

Selain itu, pihak berkuasa turut menemukan ratusan bahan lucah yang dikategorikan dalam kategori B dan C. Kes tersebut membabitkan lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak yang didakwa berada dalam simpanannya.

Sumber: Facebook Universiti Kebangsaan Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved