UKM nafi lelaki disabitkan kes pedofilia sebagai kakitangan

2 Sep 2026 • 5:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UKM nafi lelaki disabitkan kes pedofilia sebagai kakitangan

PETALING JAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan lelaki yang dikaitkan dengan kes pedofilia, Nur Fitri Azmeer Nordin, merupakan kakitangan institusi berkenaan.

UKM dalam kenyataan menjelaskan, Nur Fitri Azmeer pernah melanjutkan pengajian di universiti itu dan menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada 2021.

“UKM menafikan Nur Fitri Azmeer ialah kakitangan UKM.

“Sebagai institusi pendidikan tinggi, UKM komited untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dan profesional bagi semua pelajar,” katanya.

Sebelum ini tular dakwaan di media sosial mengenai seorang lelaki yang dikaitkan dengan kes pedofilia dan didakwa menjadi tenaga pengajar di universiti berkenaan.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna platform X menggesa pelajar UKM memaklumkan kepada ibu bapa masing-masing berhubung kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa mengajar di universiti itu.

Nur Fitri Azmeer sebelum ini melanjutkan pengajian di Imperial College London sebelum dihukum penjara sembilan bulan selepas didapati bersalah memiliki puluhan ribu imej dan video lucah kanak-kanak di London, United Kingdom (UK). – UTUSAN

The post UKM nafi lelaki disabitkan kes pedofilia sebagai kakitangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved