Bukan kes culik tapi lari pemeriksaan polis

8 Nov 2023 • 8:46 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kejadian culik yang tular di media sosial baru-baru ini tidak benar, sebaliknya kes melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Sepang Putra, Sungai Pelek, Sepang pada 31 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada 9.30 pagi berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan sebuah kedai dobi di Sepang Putra pada Selasa lepas.

Menurutnya, anggota dari Balai Sungai Pelek ke lokasi untuk membuat pemeriksaan namun pemandu kereta itu enggan memberikan kerjasama sebelum bertindak melanggar motosikal polis yang diletakkan di tepi jalan dan memecut meninggalkan kawasan berkenaan.

“Polis menahan dua lelaki warga asing di depan sebuah hotel di Taman Semarak 1, Nilai, Negeri Sembilan kira-kira jam 1 tengah hari, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine itu direman 14 hari sehingga 18 November ini, bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan khianat.

Baru-baru ini, tular di aplikasi WhatsApp video memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu didakwa menculik murid sekolah dan kanak-kanak yang bermain di luar rumah di sekitar Sepang dan Negeri Sembilan. - 8 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved