“Bukan niat saya…” – Pernah Buka Cerita Hamil Anak Aniq Suhair, Wanita Tampil Mohon Maaf

Entertainment
1 Nov 2023 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Itulah peribahasa yang sesuai diberikan kepada wanita yang mendakwa dirinya sedang hamil anak kepada pelakon baru nak up, Aniq Suhair.

Dalam beberapa siri video TikTok, wanita berkenaan menunjukkan beberapa bukti yang dia sudah terlanjur dengan peserta Hero Remaja itu sehingga mengandung, dia juga mendakwa bahawa bukan dia seorang sahaja mangsa kepada Aniq itu.

Pun begitu, pelakon muda itu memuat naik sebuah kenyataan di laman Instagram miliknya dan memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-undang berhubung berita yang tular mengenainya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

Terbaru, akaun TikTok yang memulakan cerita itu mengeluarkan kenyataan dia memohon maaf kerana apa yang dikatakannya itu adalah palsu.

image is not available

Segala tuduhan yang dibuat terhadap pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali itu adalah tidak benar dan dia meminta maaf kerana isu itu menjejaskan nama serta karier lakonannya.

“Ini satu tindakan tidak wajar terhadap empunya badan (Aniq). Tidak seharusnya saya memuat naik kandungan seperti itu. Sekali lagi saya meminta maaf atas perkara tersebut. Assalamualaikum,” tulis individu tersebut.

Selain itu, semua video yang dimuat naik olehnya sebelum ini telah pun dipadamkan dari akaun TikTok tersebut.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.