"Bukan RM250,000 Tetapi RM250 Juta" - Kerajaan Lulus RM250 Juta Bagi Projek Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 12:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Bukan RM250,000 Tetapi RM250 Juta" - Kerajaan Lulus RM250 Juta Bagi Projek Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Madani meluluskan RM250 juta bagi projek menaik taraf terminal bas Kota Bharu Sental.

Jelas beliau, surat kelulusan projek terminal bas itu sudah dihantar kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

"Baru-baru ini menteri besar sekolah okey sekolah agama pun ada tetapi terminal bas yang tidak dibaiki lagi. Jadi saya telah lulus... baru hantar surat kepada datuk MB (untuk) Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral.

"Terminal bas bukan RM250,000 tetapi RM250 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di sini pada semalam.

Baca juga:

Dalam perkembangan lain. Anwar turut memberitahu kerajaan turut menyediakan geran tambahan kira-kira RM200 juta bagi memperkasakan keupayaan usahawan kecil, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Anwar yang juga merangkap Menteri Kewangan memaklumkan, sekiranya disalurkan mengikut keperluan sebenar perniagaan masing-masing bantuan berskala kecil mampu memberi pulangan bermakna kepada peniaga.

Beliau turut merujuk kepada peniaga yang hanya memerlukan modal antara RM1,800 hingga RM5,000 untuk mendapatkan kelengkapan asas seperti peti sejuk yang dapat membantu menyelamatkan stok jualan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved