Bukan Saja-Saja Buat, Ini Fungsi Lubang Kecil Penutup Cawan Kopi Ramai Tak Tahu

19 Jun 2026 • 11:58 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bukan Saja-Saja Buat, Ini Fungsi Lubang Kecil Penutup Cawan Kopi Ramai Tak Tahu

Bukan Saja-Saja Buat, Ini Fungsi Lubang Kecil Penutup Cawan Kopi Ramai Tak Tahu

Penggemar kopi mungkin perasan kewujudan satu lubang kecil pada bahagian tepi penutup cawan kopi yang dipesan di mana-mana kedia kopi, kan?

Jika ya, pernah tak anda terfikir alasan disebalik kewujudan lubang kecil berkenaan? Nampak macam lubang biasa, tetapi kenapa penutup cawan kopi direka begitu dan apa fungsinya?

Lubang kecil yang terdapat pada hampir setiap penutup cawan kopi itu sebenarnya bukan sekadar hiasan atau untuk mengeluarkan aroma minuman.

Baca juga:

Menurut pakar pembungkusan, Stanislav Krykun, lubang tersebut memainkan peranan penting untuk mengimbangi tekanan udara di dalam cawan.

Katanya, apabila seseorang minum melalui ruang bukaan pada penutup, isipadu kopi dalam cawan akan berkurang dan udara perlu masuk bagi menggantikan ruang yang kosong.

“Lubang itu membolehkan udara masuk ke dalam cawan. Jika tiada ruang untuk udara masuk, aliran kopi akan tersekat-sekat dan boleh menyebabkan percikan,” katanya.

Menurut beliau, tanpa lubang kecil itu, tekanan di dalam cawan boleh berubah secara mendadak lalu menyebabkan minuman keluar secara tiba-tiba dan tidak terkawal.

Jelasnya, kedudukan lubang tersebut juga direka khas supaya laluan udara dan aliran minuman tidak bertembung, sekali gus memastikan kopi dapat diminum dengan lebih lancar.

Selain membantu mengimbangi tekanan, lubang kecil itu juga berfungsi mengurangkan risiko tumpahan dan membolehkan wap panas keluar sedikit demi sedikit supaya suhu minuman lebih stabil.

Ia sekali gus menjadikan pengalaman minum lebih selesa, terutama ketika seseorang sedang berjalan atau memandu.

Dalam masa sama, reka bentuk penutup kopi moden kini dilengkapi dengan pelbagai ciri tambahan seperti bukaan minuman yang mengawal kadar aliran, saluran kecil untuk mengalirkan semula kopi yang tertumpah serta bahagian tepi yang direka bagi mengelakkan titisan mengalir ke tangan.

Menurut Krykun, reka bentuk penutup kopi kini jauh lebih selamat dan praktikal berbanding dahulu, selari dengan peningkatan budaya pembelian kopi bawa pulang.

Katanya, faktor keselamatan termasuk kes melecur akibat minuman panas turut menjadi antara pendorong kepada penghasilan penutup yang lebih baik dan berfungsi.

Malah, kini banyak syarikat turut beralih kepada penggunaan bahan mesra alam seperti penutup berasaskan tumbuhan dan bahan kompos tanpa menjejaskan fungsi asalnya.

Justeru, lubang kecil pada penutup cawan kopi yang sering dipandang remeh itu sebenarnya memainkan peranan penting bagi memastikan minuman dapat dinikmati dengan lebih lancar, selamat dan tanpa tumpahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved