Bukan saja-saja! Dr Zulkifli jelaskan sebab terbalik tangan baca doa tolak bala, elak penyakit

11 Oct 2026 • 12:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan membalikkan tangan ketika doa dibacakan pada majlis pernikahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah semalam menarik perhatian ramai, sehingga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberikan penjelasan.

Tindakan dibuat ketika baca doa tolak bala, penyakit

Menerusi hantaran di media sosial, Dr Zulkifli yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan ketika membaca doa memohon perlindungan daripada bala dan penyakit, selain mempunyai sandaran daripada sunnah Rasulullah SAW.

Menurut beliau, amalan berkenaan antaranya bersandarkan hadis riwayat Muslim yang menceritakan tindakan Nabi Muhammad SAW ketika memohon hujan.

“Daripada Anas bin Malik, beliau berkata, maksudnya: ‘Sesungguhnya Nabi memohon hujan, lalu baginda mengisyaratkan ke arah langit dengan belakang kedua-dua tapak tangannya’ (Hadis riwayat Muslim, no 895).
“Hadis ini menjadi sandaran ulama dalam membincangkan keadaan tertentu ketika berdoa dengan membalikkan tangan, khususnya bagi memohon kesusahan diangkat dan keadaan yang buruk diubah dengan rahmat Allah SWT,” jelasnya.

Tindakan sunat dilakukan

Ujar beliau lagi, Imam al-Nawawi turut menghuraikan perkara tersebut dalam kitab Syarh Sahih Muslim.

“Sebahagian ulama dalam kalangan kami dan selain mereka berpendapat bahawa sunat bagi doa untuk mengangkat bala seperti kemarau dan seumpamanya, seseorang mengangkat kedua-dua tangannya dengan bahagian belakang tapak tangannya menghadap ke langit,” tambahnya.

Dalam pada masa yang sama, Dr Zulkifli menyarankan orang ramai mendapatkan penjelasan lanjut menerusi artikel yang disediakan dalam aplikasi al-Inarah.

“Boleh rujuk pautan di al-inarah.com/artic, atau jika ada persoalan berkenaan agama boleh sahaja merujuk 11,000 soal jawab yang sudah kami jawab.
“Atau, ada ruangan khusus ‘Q&A’ di aplikasi ini untuk bertanya soalan secara langsung,” ujarnya.

Image from: Bukan saja-saja! Dr Zulkifli jelaskan sebab terbalik tangan baca doa tolak bala, elak penyakit

Terdahulu, Dr Zulkifli pernah menjelaskan amalan membalikkan tangan ketika berdoa.

Namun begitu, tindakan beliau dan beberapa individu lain yang melakukan perkara sama ketika majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq kembali menjadi perhatian orang ramai.

Sumber: Instagram drzulkifli.albakri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved